Rusuhan Ferguson (atau
Pemberontakan Ferguson,
Protes Ferguson, atau
Huru-Hara Ferguson) di
Ferguson, Missouri, ialah protes dan
rusuhan sejak 10 Ogos 2014, ketika
Michael Brown ditembak oleh pegawai polis Darren Wilson. Rusuhan ini mencetuskan perdebatan di
Amerika Syarikat mengenai hubungan antara polis dengan orang
Afrika Amerika, polis tentera, dan penggunaan kekerasan oleh polis di Missouri dan AS.
[7][8][9]Sewaktu butiran dari penembakan Michael Brown sampai ke pengetahuan umum, polis melaksanakan perintah berkurung dan mengerahkan persatuan antihuru-hara untuk menjaga ketertiban. Bersamaan dengan tunjuk perasaan, berlaku rampasan dan rusuhan di sekitar tempat penembakan Michael Brown, dan di seluruh bandar. Menurut media, polis merespons dengan kekuatan ketenteraan ketika menangani kekerasan yang terjadi pada unjuk rasa tersebut. Rusuhan beterusan pada 24 November, ketika dewan juri tidak memenjarakan Darrel Wilson.
[10]Gelombang ketiga berlaku pada peringatan setahun penembakan Michael Brown, Ogos 2015.
[11] Jabatan Keadilan AS menyimpulkan bahawa Darrel menembak Michael sebagai pertahanan diri.
[12][13]Sebagai respons atas penembakan dan rusuhan, Jabatan Keadilan melakukan siasatan untuk pelaksanaan kepolisan di Jabatan Polis Ferguson (DPF).
[14] PadaMac 2015, mereka menyimpulkan bahawa DPF telah melakukan kekeliruan terhadap warga Ferguson, dengan cara mendiskriminasi warga Afrika Amerika dan menerapkan stereotip perkauman dengan pola atau penerapan yang tidak sesuai dengan undang-undang.
[15][16][17] Mereka juga mendapati bahawa bandar Ferguson bergantung pada wang denda dan dakwaan yang dibuat oleh polis.
[18]